Duduk bersembang dengan rafiq di Masjid tempoh hari. Isu Kosmo yang kami 'kompos' semula :)
Isu apa ya? Ni kisah KAKI PONTENG PUASA. Huh? [Orang Islam tak puasa?]
-_- Iya, tak puasa. Pulak tu, dok bongkar periuk, beratur panjang-panjang belakang kedai. Hulur duit, bertukar bungkusan makanan. Blah. Lari macam kilat. Tak pandang belakang lagi dah. Yang menerima not ringgit tadi tu pulak, senyum-senyum. Mana taknya, bisnes lancar walau di musim Ramadhan.
Erm alahai...
Yang membeli, ada banyak reason. Valid atau tidak alasan yang ada, hanya mereka yang tahu. Gastrik, uzur, anak nak makan, isteri nak makan..dia tolong belikan je. Yang best, guna penghantaran makanan segera. Cewah! Yang buka pintu tu, orang muda segak segar, hisap rokok di rumah bujang.
"Aku tak puasa ni, nanti aku gantilah balik" [seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan PMR di Bulan Ramadhan- kisah benar]

Yang menjual makanan lagi best cerita.
1) "Memang saya tahu apa yang dilakukan mereka itu salah (tak puasa) tapi kalau saya tidak jual pada mereka, bukankah saya yang rugi?"
2) "Kalau pejabat agama datang, mereka akan ditangkap (yang tak puasa) tapi apa pasal nak heret saya sama?" [+ saye tak bersalah tau!!]
3) "Apa salahnya berniaga macam ni kerana saya membantu mereka yang kesusahan"
Alo-alo..agama Islam bukan macam ABC, main bubuh campur mana suka. Jika nak, baru buat, kalu tak suka tinggalkan. Ewah-ewah, sesuka hati dia.
Pakai baju, tahu nak cantik. Ada eksesori lagi. Naik keta, tahu pulak nak bergaya, siap modified sana sini untuk selesa dan tahan lama. Tapi, bab agama ni, kita jarang pulak nak buat semua. Yang wajib ditinggalkan, apa lagi nak tambah yang sunat. Amik mana suka. Amik mana selesa.
Islam konsepnya syumul. Sudah lengkap dan diturun sebagai panduan. Jika hidup tak ikut panduan, apa akan jadi pulak? Sudah tentu tak ada arah dan kesesatan.
Jika hukuman tu Allah balas direct, kompem semua orang Islam akan menyibukkan diri sebagai Full Time Muslim. [Yelah, tak buat kang..kena panah petir ke, naya]
Hanya kerna balasan dari Allah itu berbentuk pahala dan dosa, tak nampak..sesuka hati je kita nak buat undang-undang sendiri ya.
Kejamnya kita. Kejamnya guna mulut yang Allah bagi pinjam, untuk menyuap makanan di Bulan Ramadhan (tak berpuasa) Kejamnya menggunakan 'aqal yang Allah beri untuk berniaga dan menjadi supplier kepada orang tak puasa.
Benar dikatakan manusia itu zoluman wa jahulan. Manusia itu kejam dan jahil. Buktinya jelas di Bumi kita juga. Inilah, bila tiada rasa bersalah, dosa pun melata. Terjal dan kikir hati jadinya. Manusia macam pahat, diketuk baru berjalan. Dah dapat Tsunami, baru nak bongkar pegi solat. Tunggu dapat musibah, baru nak cari Allah.
[tak puasa tapi sibuk-sibuk shoping untuk raya :p salam ramadhan]
Tuhan, tunjukkan kami jalanMu yang benar. Tunjukkan kami sirotul mustaqim. Bangkitkan kami dari kegelapan hati. Pandu kami ke syurgaMu yang abadi. Ameen.
No comments:
Post a Comment